Sunday, November 17, 2013

Hasil Dari Ladang Selepas Hujan



Hujan agak kerap kebelakangan nie, tiap minggu selang sehari dua mesti hujan..apa lagi selamatlah kerja2 menyiram dan tanaman pun lebih subur dan cepat membesar..alhamdulillah. 






Namun hujan petang semalam adalah yang paling banyak...lebat dan lebih 2 jam..hampir2 overflow..big boss risau plak air akan naik memenuhi ladang kecil belakang rumah, hampir2 dia nak pegi hadang gate depan rumah buat tutup laluan air... :)






Alhamdulillah cuaca tenang dipagi nie..cerah dan tiada hujan..pepagi lagi masa mem kecik tengah syok tido, kuar gie survey ladang dan inilah hasilnya ...






hasil dari ladang selepas hujan 1




Bayam pasir, kobis bulat, sawi putih..kotor sikitlah sebab kena selut kan.. 






hasil dari ladang selepas hujan 2







Bayam pasir kena gak harvest sebab kalau biar boleh jadi 'raksasa semak' dalam kebun tuh..takmo makan boleh bagi orang lain.







hasil dari ladang selepas hujan 3





Kobis bulat..daripada dok ready kat batas baik tuai cepat2 sebab kobis nie boleh jadi cepat buruk dan terkena penyakit bila expose ngan too much water n heat. Nie pun dah tak habes nak makan daa..







hasil dari ladang selepas hujan 4







Sawi putih..tuainya cuma 3 pokok tuk sorang makan..wpun sedikit berlubang namun hasil organik memang tiada tandingnya..still fresh n healthy..:). Dulu masa belum ready bila suruh Abuaidan beli kat pasar tak mao dia, katanya tak terjamin dr segi kesihatan kerana mereka letak racun biasanya & adakah mereka tunggu after 1 week racun baru harvest? 







hasil dari ladang selepas hujan 5






Since hujan yang kerap cepat betul mereka nie membesar, rasa cam tak terkejar nak makan lak..seminggu paling banyak pun 3 kali boleh buat sayur...some nak kena giveaway jugak nampaknya.




Dalam musim mengutip hasil nie banyaklah sikit entri psl tuaian ..jgn ade yg bosan lak nanti asyik2 tuai..asyik2 tuai jer..:)

No comments:

Post a Comment